Selasa, 29 Oktober 2013

PERHATIAN KEPADA TUAN/PUAN YANG MEMBUAT TEMPAHAN

SILA PASTIKAN NAMA TUAN/PUAN TERCATAT DALAM SENARAI TEMPAHAN DI SEBELAH KIRI .  KALAU NAMA TUAN/PUAN TIDAK TERCATAT SILA HUBUNGI / SMS SAYA DENGAN SEGERA . HAL INI PENTING BAGI MENGELAKKAN BERLAKU PERTINDIHAN TEMPAHAN. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA TUAN /PUAN

Jumaat, 17 Mei 2013

CAWANGAN BARU SUDAH BEROPERASI SEPENUHNYA - HOMESTAY SERI MERU 2 ( NO 8, HALA TAMAN MERU 6, TAMAN MERU 2B, IPOH )


Ruang tamu berhawa dingin
Bilik Tidur Utama dengan pendingin hawa baru

Bilik Tidur Kedua dengan pendingin hawa baru

Bilik Tidur Ketiga dgn 2 katil single

Pandangan dari dapur


Ruang Dapur

Peti ais baru

Ruang Dapur Tambahan

Ruang Dapur - kebersihan diutamakan

Dua buah tandas yang diubah suai sepenuhnya

Bilik mandi serba baru

Ruang parkir boleh muat 3 buah kereta atau ruang santai keluarga

Pintu pagar yang luas ( 12 kaki )

Pandangan dari jalan dgn lampu jalan depan rumah 

Padang betul-betul di depan rumah , boleh parking kereta / bas

Khamis, 18 Oktober 2012

PETA KE HOMESTAY SERI MERU, IPOH


KEPADA PELANGGAN KAMI YANG BUDIMAN
Dicadangkan sebelum tuan/puan ke HSM adalah lebih baik tuan/puan print dulu peta ini, sekurang-kurangnya dapat menjadi panduan kepada tuan/puan untuk ke HSM. Maklumlah ada antara pelanggan kami yang tidak pernah menjejakan kaki ke Ipoh khususnya ke kawasan Meru.  Kini kawasan Meru telah dibangunkan menjadi bandar baru yang begitu pesat membangun dengan pelbagai prasarana antaranya yang terkini ialah Terminal Bas yang serba moden, Mydin Hypermarket yang terbesar di Malaysia, pejabat-pejabat kerajaan.  Dalam pembinaan sekarang ialah Balai Bomba, Kolej Antarabangsa dan banyak lagi.  

PERINGATAN SEBELUM MENINGGALAKAN HSM
Diingatkan bahawa sebelum tuan puan meninggalkan HSM sila tuan puan pastikan bahawa tuan puan tidak meninggalkan barangan tuan puan, terutama barangan yang berharga. Terdapat banyak barang pelanggan yang tertinggal di HSM. Kami mohon maaf kerana tidak berupaya untuk memulangkan kepada tuan puan. Walau bagaimanapun kami akan menyimpan barangan tuan puan sehingga satu bulan. Kalau tidak dituntut terpaksalah kami lupuskan atau kami manfaatkan agar tidak membazir.

PETA DARI HOMESTAY SERI MERU KE LOST WORLD OF TAMBUN

Khamis, 4 Oktober 2012

SELAMAT BERGRADUAN - KONVOKESYEN PUSAT LATIHAN PERUBATAN ULU KINTA DAN UTP

Homestay Seri Meru mengucapakan tahniah dan dan selamat bergraduan kepada penyewa-penyewa yang menerima ijazah / diploma di Pusat Latihan Perubatan Ulu Kinta dan UTP pada bulan Oktober ini.

Jumaat, 4 Mei 2012

TEMPAHAN UNTUK BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2012
SEDANG DIBUKA UNTUK TEMPAHAN.
TEMPAHAN DIALU-ALUKAN     :   HARGA BOLEH DIRUNDING JIKA MELEBIHI SATU MALAM.

Isnin, 27 September 2010

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL OLEH JPW NEGERI PERAK


Homestay Seri Meru ( HSM ) diberi peluang Oleh JPW Negeri Perak menyediakan tempat untuk kursus yang dijalankan.  Kalau dilihat betul-betul dalam foto di atas hanya terdapat seorang lelaki, di barisan belakang sebelah kanan. ( Hj Sidik dari HSM )